L.O.V.E.

Love can make you happy but often it hurts.
Love is only special when you give it to someone who is really worth it.

Take your time and choose the best.




Friday, April 22, 2011

Selamat Pengantin Baru...


Apa yang aku nak tulis eh? Selalu macam ni, belum tulis…macam2 dalam kepala…semua rasa nak meloncat-loncat keluar…tapi bila start mengadap skrin kosong ni…dah blank!! Huhuhu…

Alhamdulillah, aku bahagia dengan kehidupan aku sekarang walau tanpa lelaki yang bergelar suami…lelaki yang pernah berjanji untuk membahagiakan aku, lelaki yang pernah berjanji dalam hatinya cuma ada aku…dunia & akhirat.

Lagi dua minggu dia akan mendirikan rumahtangga dengan suri hatinya yang baru, suri hatinya yang diterima keluarga dia…yang setaraf pendidikan…maklum la aku ni sekadar pemegang diploma. Tak pelah, aku tak berdendam…apa yang berlaku aku terima dengan perasaan rendah diri bahawa semua ini adalah milikNya. Dia hadir dalam hidup aku sekadar untuk menguji…dan Alhamdulillah, aku telah berjaya melalui saat-saat yang telah menghancurkan hati aku…meranapkan segala impian aku…aku terima & redha. Alhamdulillah.



Tahniah aku ucapkan buat dirimu yang pernah berkongsi hidup dengan aku selama 9 tahun sebagai seorang suami…susah senang yang aku lalui…aku simpan sebagai kenangan & ingatan di masa hadapan. Tahniah pada keluarga dia jugak akhirnya berjaya mendapat menantu yang setaraf & selayaknya…aku doakan kebahagiaan buat dirinya…

Aku? InsyaAllah, sejak balik dari IMKK 2011…aku makin yakin, makin jelas apa yang aku nak dalam hidup aku…aku akan FOKUS & akan USAHA. InsyaAllah, Allah sentiasa ada bersama aku…

Mencari pengganti? Siapa yang tak nak ada seseorang yang menemani sepanjang perjalanan hidup, berkongsi suka duka…tapi aku cukup takut jika kesilapan berlaku buat kali kedua. Kerana aku tahu aku yang akan menderita jika ianya berlaku lagi sekali…dan aku tak pasti apakah aku boleh bangkit jika ianya berulang lagi…



Apa-apa pun aku bersedia andai takdirNya aku bertemu dengan seseorang. Tapi kali ini aku akan lebih berhati-hati…sebab aku kenal kini siapa diri aku, bagaimana hati ini…hati ini terlalu lembut walau dari segi luaran…sesiapa pun akan susah nak perasan yang aku tengah bersedih…maklum la senyum & suka buat kelakar sokmo!

Terima kasih buat setiap insan yang hadir ketika air mata ini menjadi teman setia…jauh di sudut hati, kalian ku letakkan tempat teristimewa di dalam hati ini. 

No comments:

Post a Comment