L.O.V.E.

Love can make you happy but often it hurts.
Love is only special when you give it to someone who is really worth it.

Take your time and choose the best.




Wednesday, March 30, 2011

Find someone who...

Sabarlah wahai hati...

Ya Allah...hati ini diduga lagi untuk ke sekian kali...baru je hati ni rasa nak tenang, sedikit bersemangat...dugaan untuk aku datang lagi...Alhamdulillah...Alhamdulillah...aku harap dia sangat bahagia dengan apa yang telah dapat dia lakukan pada aku. Tak cukup lagikah dia persiakan diri aku selama ni? Tak cukup lagikah untuk dia lihat aku sengsara...tak cukup lagikah untuk dia lihat aku ni menderita dalam air mata? Mungkin dia belum puas selagi aku tak gila kot?? Mungkin bila iman ini hilang, aku gila...boleh la dia dengan bangga cakap "tengok tu...itulah jadinya pada pompuan tak guna tu!!" ....dan seluruh ahli keluarga dia pun turut menyokong...lagi-lagi Allah duga, jodoh dia cepat, dapat yang baaaeekk punya...Alhamdulillah..aku doakan yang baik-baik sahaja untuk dia..."Ya Allah, Engkau berikanlah dia bahagia & berjaya dunia dan akhirat agar dia dapat membahagiakan zuriat aku yang seorang itu. Amin."

Ya Allah...selagi Engkau izinkan aku bernafas, Engkau izinkan juga untuk aku bangun dari kesedihan ni...kegagalan? Kegagalan kah? Tidak...ini sekadar ujian untuk aku...Allah nak duga, di manakah kekuatan aku...Allah nak aku kenal di mana kelebihan pada diri aku.

Ya Allah...aku mohon izinMu Ya Allah...berikanlah aku peluang untuk aku berjaya & bahagia. Berikanlah aku peluang untuk aku laksanakan segala janji-janji aku pada diri ini.

Ya Allah...aku tiada sesiapa untuk mengadu...hanya padaMu Ya Allah...aku tahu Engkau takkan membiarkan aku terus dalam keadaan begini.

Andai Engkau temukan dia jodoh lagi baik dari aku, Engkau temukanlah juga untuk aku...andai masih ada, seseorang yang akan sentiasa bersama dalam susah & senang aku, yang akan sentiasa memahami, menyayangi & menerima aku seadanya....agar aku dapat buktikan bahawa dia hanya secebis kenangan lama...

Ya Allah...Engkau lebih memahami & lebih mengetahui apa yang terbaik untuk diriku ini...andai telah ditakdirkan dia & zuriat yang aku ada bukanlah milik aku...Engkau berikanlah aku ketenangan, agar hidup ini dapat aku teruskan. Hanya padaMu aku berserah Ya Allah...

Thursday, March 24, 2011

Wednesday, March 16, 2011

Andai Lelaki Itu Tahu...

Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda...



Sunday, March 13, 2011

My First Love

Huahuahua...topik yang best untuk aku citer kat sini
Biasalah...kalau baca blog aku ni, kalau bukan pasal hati...pasal cinta, pasal kasih sayang...
Nak buat camna...Allah memang dah lahirkan aku dengan jiwa macam ni, kalau ada yang mengharapkan aku untuk berubah...so, nanti aku bukan aku lagi
Dun wori...aku kat luar 'tough'...ngeh ngeh ngeh...POYO je ayat! :P
First love aku?
Hahaha...opkos la masa sek kan?
Sek men laa...masa tu kita punya perasaan kan tengah develop
Pastu masa tu la plak dah pandai nak bergaya
...aku rasa aku dah start suka kat satu mamat ni masa form two
Sebab suka?
Dia baik, solat tak tinggal...dan bukan jenis yang gatal ni
Cool je ;)
Pastu banyak la benda2 yang buat aku makin suka kat dia bila hari berganti hari
Actually bila ada perasaan kat dia, aku jadi semangat nak ke sekolah
Mujurlah dia ni bukan jenis kaki ponteng
Selalu lah aku curi-curi pandang dia dari jauh...hehe
Kebetulan plak, dia antara yang budak bijak la
Lagi aku bersemangat nak belajar rajin-rajin
Kohnonnya kalau nak berpakwe budak bijak, aku kena lah jadi awek dia yang bijak gak..
....baru balance...hehehee
Bila dah masuk form 3, perasaan ni makin kuat
Aku dah tak peduli dah orang lain
Yang aku fikir dia aje...
Hensem?
Hmmm....sejuk mata memandang la...
Bila dah habis SRP, selalu jugak dia call aku
Itu yang buat hati ni berbunga-bunga
Tapi pada masa yang sama, aku dapat tahu ada minah lain yang suka gile kat dia
Bukan sorang...adeehhhh
Jadi macam biasa, aku suka undur diri

Andai ada lagi pertemuan...izinkan aku bertemu dengan insan sepertinya lagi...insyaAllah :)

Walau aku pernah berdoa untuk diberi peluang hidup bersama dengan dia
Korang bayangkan aku boleh simpan perasaan tu sampai aku bekerja!!
Setianya aku pada perasaan aku saat tu...
Kenapa aku undur diri?
Sebab aku selalu ada perasaan rendah diri...aku tak cantik, tak pandai...camna nak jadi awek dia masa tu?
...yang aku pelik, sampai sekarang
Aku terfikir...kenapa dulu2 selalu bermimpi pasal dia
Mimpi benda-benda baik...mimpi solat terawih dengan dia, solat berjemaah dengan dia...makan nasi dalam masjid sama-sama  dengan dia
Pelik kan...
Sehinggalah aku tahu dia dah dipunyai...barulah mimpi-mimpi tu hilang...hilang bersama peluang untuk aku hidup dengan dia jugak....huhuhu
Tapi aku bersyukur, kerana Allah anugerahkan perasaan itu...aku jaga diri aku dari didekati oleh mana-mana lelaki...
....dan sekarang, aku sentiasa doa & berharap dia bahagia bersama isteri & anak-anak tersayang
Bagi aku itu bukan cinta monyet....tapi itulah CINTA PERTAMA aku...
...cinta bukan kerana nafsu, pangkat atau harta....tapi ianya hadir dengan izinNya :)

Tuesday, March 8, 2011

Warna hidup anda

Which ONE is yours? ;)
23 Disember hingga 1hb Januari - Merah
2 hingga 11hb Januari - Oren
12 hingga 24hb Januari - Kuning
25 Januari hingga 3hb Februari - Merah jambu
4 hingga 8hb Februari - Biru
9 hingga 18hb Februari - Hijau
19 hingga 29hb Februari - Perang
1 Februari hingga 10hb Mac - Aqua (Biru kehijauan)
11 hingga 20hb Mac - Lime
21 Mac - Hitam
22 hingga 31hb Mac - Ungu
1 hingga 10hb April - Biru
11 hingga 20hb April - Perak
21 hingga 30hb April - Putih
1 hingga 14hb Mei - Biru
15 hingga 24hb Mei - Emas
25 hingga 3hb Jun - Krim
4 hingga 13hb Jun - Kelabu
14 hingga 23hb Jun - Maroon
24 Jun - Kelabu
25 hingga 4hb Julai - Merah
5 hingga 14hb Julai - Oren
15 hingga 25hb Julai - Kuning
26 Julai hingga 4hb Ogos - Merah jambu
5 hingga 13hb Ogos - Biru
14 hingga 23hb Ogos - Hijau
24 Ogos hingga 2hb September - Perang
3 hingga 12hb September - Aqua (Biru kehijauan)
13 hingga 22hb September - Lime
23 September - Olive
24 September hingga 3hb Oktober - Ungu
4 hingga 13hb Oktober - Biru
14 hingga 23hb Oktober - Perak
24 Oktober hingga 11hb November - Putih
12 hingga 21hb November - Emas
22 November hingga 1hb Disember - Krim
2 hingga 11hb Disember - Kelabu
12 hingga 21hb Disember - Maroon
22 Disember - Teal Merah 

Merah 
Selalunya mereka yang mewakili warna merah yang garang ini seorang yang comel dan disayangi ramai. Kamu juga suka disayangi dan menyayangi. Kamu juga sentiasa ceria dan gembira namun kadangkala dilanda 'angin satu badan'! Teman/kekasih yang diingini ialah mereka yang mudah diajak berbincang dan boleh membuatkan dirinya rasa selesa bila berdampingan dengan mereka. 

Krim 
Ha! Kamu ini seorang yang suka bersaing dalam apa juga bidang yang kamu ceburi dan ingin berjaya. Tapi persaingan secara sihatlah. Kamu juga bersikap suka mendorong orang lain untuk mencapai apa yang diidamkan. Namun kamu cukup takut akan 'kehilangan' sama ada teman ataupun kekasih! Selain itu, sudah tentunya kamu seorang yang ceria selalu! Sebagai seorang kawan, kamu boleh dipercayai 100% dan setia pada janji. Dari segi percintaan, kamu amat berhati-hati dalam menjalinkan hubungan cinta dan tak mudah jatuh cinta hingga kamu rasakan menemui seseorang yang benar-benar kamu cintai! Ketika itu, kamu tak perlukan masa yang lama untuk melafazkan sayang! 

Teal (warna kayu) 
Bukan main lagi kamu ni yek! Tak kira lelaki ataupun perempuan, terlalu menitikberatkan soal kecantikan dan penampilan fizikal diri kamu. Kamu sering melakukan kesilapan dalam membuat keputusan lantaran sikap kamu yang suka sangat ambil mudah terhadap sesuatu masalah. Manakala dalam memilih pasangan, kamu bercitarasa cukup tinggi. Kamu tak akan pilih yang sebarangan saja! Kamu juga suka memerintah dan gemar orang lain menurut perintah kamu. Walau bagaimanapun, sikap kamu yang peramah membuatkan diri kamu punya ramai teman. 

Merah Jambu 
Kamu akan berusaha sedaya mungkin untuk membuat yang terbaik dalam apa juga yang kamu lakukan serta suka menolong orang lain dan mengambil tahu tentang orang orang di sekelilingnya. Namun kamu sukar untuk dipenuhi keinginannya dan sering saja berprasangka buruk terhadap orang lain. Dari segi percintaan kamu mengimpikan percintaan yang penuh dengan keindahan semata. 

Hijau 
Salah satu kelebihan yang kamu miliki ialah cukup pandai menyesuaikan diri dengan orang yang baru dikenali. Mungkin kerana sikap kamu yang tidak begitu pemalu namun dalam tidak sedar kamu boleh membuatkan orang lain kecil hati dengan kata-kata kamu saja! Kamu juga ingin diri kamu disayangi dan diberi perhatian penuh oleh kekasih hati. Namun selalunya mereka ini lebih rela maintain single hingga berjumpa dengan jejaka/gadis yang benar benar sesuai untuk dirinya! 

Emas 
Kamu seorang yang tahu apa yang kamu lakukan, yang mana betul dan silapnya. Kamu juga seorang yang mudah bergaul dengan sesiapa saja dan ceria serta tak suka bersedih biarpun pelbagai masalah yang menimpa. Dalam soal percintaan, kamu sukar berjumpa dengan orang benar-benar kamu sukai tapi sekali kamu menemuinya pasti tidak akan kamu lepaskan begitu saja. Bila sekali gagal, sukar untuk kamu jatuh cinta lagi untuk kali yang seterusnya dalam tempoh yang lama. 

Kuning 
Kamu seorang yang manis, tenang dan sopan. Sebab itulah kamu dipercayai oleh orang orang yang ada di sekeliling kamu. Selain itu, kamu juga lebih suka menguasai dalam sesebuah perhubungan termasuklah soal cinta. Kembang semangkuk hidung bila tiap kehendak kamu dituruti oleh si dia! Kamu juga mampu membuat keputusan yang tepat kerana fikiran kamu yang jauh ke depan. Tapi, jangan tak tahu. Kamu ni jiwang karat juga orangnya. Sentiasa saja berminta hal-hal yang romantik bersama si dia. Alahai! 

Maroon 
Bagi kamu yang mewakili warna maroon ini, kamu digambarkan seorang yang bijak dan tahu apa yang terbaik untuk diri kamu. Namun kamu juga suka melakukan sesuatu itu menurut kehendak dan pendapat kamu sendiri tanpa pedulikan perasaan atau pendapat orang lain. Itulah yang menjadi masalahnya! Dari segi percintaan, kamu cukup sabar dan tidak terburu-buru untuk menjalinkan percintaan. Kamu juga terkenal dengan sikap setia kamu dalam perhubungan! 

Oren 
Syabas! Kamu ini jenis orang yang berani menanggung segala risiko atas tiap perbuatan yang kamu lakukan. Baguslah macam tu. Kata orang, berani buat beranilah tanggung. Kamu juga bijak mengambil hati orang-orang di sekeliling kamu dan ini membuatkan diri kamu disenangi ramai. Kamu punya matlamat tersendiri dalam hidup yang menjadi target kamu selama ini dan sanggup bersaing untuk berjaya. Menyentuh soal perhubungan, kamu sebenarnya seorang yang sukar untuk mempercayai orang lain tapi bila kepercayaan itu wujud, selamanya kamu akan percayakan dia! Begitu juga dalam perhubungan cinta. Bagi kamu, saling percaya itu amat penting! 

Ungu 
Amboi! Kamu ini gadis/jejaka misteri rupanya. Tak ramai orang yang dapat mendekati diri kamu kecuali orang yang benar-benar kamu percayai. Walaupun begitu, kamu tak pernah pentingkan diri sendiri dan agak mudah terpengaruh dengan perkara-perkara yang baru bagi kamu. Mood memainkan peranan penting mempengaruhi kehidupan kamu seharian. Jika kamu rasa gembira, sudah tentunya hari itu menjadi hari yang paling ceria bagi diri kamu dan begitu juga sebaliknya. Dalam menjalinkan percintaan, kamu lebih cenderung untuk memilih mereka yang punya kedudukan dan agak stabil kewangan mereka. 

Warna buah limau (Lime) 
Sifat kamu yang tenang saja sepanjang masa amat dikagumi ramai. Tapi jangan tak tahu, kamu juga mudah rasa tertekan bila dilanda masalah. Selain itu, kamu boleh dikatakan agak cerewet juga kerana perkara-perkara kecil pun kamu amat prihatin! Pun begitu, kamu punya personaliti tersendiri yang membuatkan orang ramai menyukai diri kamu. Amboi! Kamu ini rupanya seorang kekasih yang kuat cemburu yek? 

Perak 
Ternyata kamu ini seorang yang berimaginasi tinggi dan tak hairanlah kamu turut berbakat dalam bidang yang berkaitan dengan seni. Walau bagaimanapun kamu sebenarnya punya sifat pemalu yang agak menebal juga namun sikap kamu yang suka mencuba sesuatu yang baru mampu menstabilkan keadaan. Bukan apa, kamu suka mencabar diri kamu sendiri untuk melihat sejauhmana kebolehan diri. Dari segi perhubungan cinta, kamu lebih suka bersikap 'hard to get' untuk menduga keikhlasan hati si dia. Namun hubungan cinta kamu seringkali dilanda kekeliruan dan tak begitu stabil. Tapi usah bimbang, kamu akan menemui cinta sejati juga suatu hari nanti. 

Hitam 
Kamu gemar kehidupan yang mencabar dan punya keberanian untuk melakukan apa saja. Sebab itulah, usah ada sesiapa yang cuba mencabar kamu kerana kamu ni kan pantang dicabar. Tapi kamu tak begitu gemarkan perubahan mendadak dalam hidup kamu. Namun sekali kamu membuat keputusan, ia sukar untuk diubah oleh orang lain. Kisah cinta kamu juga begitu mencabar dan perlukan banyak kesabaran jika inginkan perhubungan itu berkekalan. Belajarlah untuk bertolak ansur sikit! 

Warna buah Zaiton (Olive) 
Bagi kamu yang mewakili warna ini dikatakan seorang yang baik hati dan suka menolong orang lain. Sebab itu juga kamu tak sukakan keganasan. Kamu juga bijak menyesuaikan diri dengan teman-teman hingga membuatkan kamu menjadi 'favourite' di kalangan mereka. Sememangnya kamu seorang yang baik hati dan sentiasa ceria. Namun ingat, jangan terlalu percayakan orang lain membuta tuli. Dalam soal cinta, kamu cukup menenangkan hati si dia dan tak suka cari pasal! 

Perang 
Kamu seorang yang cukup aktif dan tak suka duduk diam saja. Pelbagai aktiviti yang dilakukan bagi memenuhi masa lapang. Sebagai seorang teman, kamu sentiasa menyokong tindakan positif teman-teman yang lain. Pun begitu, kamu sukar untuk didekati dan agak sombong jika tak boleh sesuaikan diri dengan seseorang. Dalam soal cinta, kamu mudah jatuh cinta. Tapi bila kamu sedar cinta kamu itu tidak berbalas, kamu cepat putus asa dan mengalah dengan mudah. Macam tu pulak? Seharusnya kamu perlu kikis sikap itu dan cuba berusaha untuk mengambil hati si dia. Mungkin 'rezeki' kamu untuk memilikinya nanti? 

Kelabu 
Kebanyakan mereka yang diwakili oleh warna Kelabu ini sangat menarik orangnya dan aktif. Kamu juga ingin diri kamu dikenali orang ramai dan menjadi kepantangan kamu pula sekiranya tidak dilayan dengan adil oleh sesiapa saja! Kamu juga seorang yang tidak gemar menyimpan apa juga perasaan di dalam hati dan lebih suka meluahkannya. Sesekali kamu oleh bersikap pentingkan diri sendiri. Namun kamu amat pandai menawan hati orang lain apatah lagi dengan sikap humor yang kamu miliki itu. 

Biru 
Ternyata kamu seorang yang punya keyakinan diri yang rendah dan terlalu pemilih sangat. Tak bolehlah macam tu. Itu adalah sikap negatif yang harus kamu ubah kerana mendatangkan kerugian pada diri kamu sendiri. Selain itu, kamu juga cederung ke arah kesenian dan sememangnya kamu berbakat dalam bidang itu hingga mampu menjadikan kerjaya berkaitan dengan seni sebagai kerjaya tetap. Soal cinta pula, kamu mudah sangat jatuh cinta tapi seringkali juga putus cinta. Mana taknya, orang lain bercinta kamu pun hendak bercinta. Tapi kamu bukan benar-benar menyintai si dia setulus hati. Silap sendiri lah kan? Kalau kamu mahukan hubungan itu berpanjangan, kamu harus bersikap lebih serius dan ikhlas. 

Biru Laut 
Kamu mencintai diri dan kehidupan kamu sendiri melebihi segala-galanya. Bagi kamu, jika kamu tak sayangkan diri sendiri kamu siapa lagi? Kamu juga seorang yang berpersonaliti menarik hingga sering menjadi perhatian ramai. Selain itu, kamu juga berpandangan jauh untuk masa depan. Tapi berhati-hati dengan sikap pemarah kamu tu. Sekali kamu marah pada seseorang, sukar kamu nak melupakannya. Jadi, belajarlah memaafkan orang lain. Sebab itu juga kamu sering bertengkar dengan si dia. Mana taknya, ego sangat nak maafkan orang lain sedangkan kamu sendiripun ada melakukan kesilapan! 

Putih 
Kamu punya matlamat yang jelas dalam hidup dan berusaha keras untuk mendapatkannya. Orang lain juga sering memberikan penghargaan tinggi terhadap kamu memandangkan kamu agak berkebolehan dalam pelajaran/kerjaya. Walau bagaimanapun, kamu ini kuat cemburu orangnya dan kadangkala sukar nak bekerjasama dengan orang lain. Perhubungan cinta kamu juga sering tegang dek kerana sikap cemburu kamu terhadap si dia. Cemburu itu memang tanda sayang tapi kalau dah melampau tu, cemburu buta namanya! 

Biru kehijauan (Aqua) 
Mak oi! Angin satu badan kamu ini rupanya. Senang sangat mood kamu berubah secara tiba-tiba hingga kadangkala buat orang lain bosan. Mungkin sebab itu juga membuatkan kamu kadangkala lebih suka menyendiri melayan perasaan tapi kamu suka melancong untuk meluaskan pengalaman. Kamu juga seorang yang jujur dan mudah percaya kepada orang lain. Dari segi percintaan, kamu sukar menemui cinta sejati dan sikap terlalu mudah percaya pada orang lain membuatkan kamu sering tertipu serta gagal dalam bercinta...! Oleh itu, percaya boleh, tapi jangan membuta tuli, kelak termakan diri!" 

Hati itu tahu...

Hehehe...
Tak habis-habis cakap pasal hati kan...
Yelah...dah memang hidup kita banyak berkait dengan hati
Betul tak?
Semua perkara laa...kalau kita fikir, semuanya punca dari hati
Rasul SAW sebelum di angkat menjadi Rasul pilihan pun, Jibrail cuci hati Baginda SAW dengan air zam-zam :)
Jadi, segala-galanya yang kita lalui setiap saat....banyak berkait dengan hati
Kalau kita perasan, ada satu-satu perkara....Allah dah gerakkan hati kita...macam kita tahu-tahu je
Tapi kita sebagai manusia yang selalu lupa, selalu leka....kita tak pedulikan
Kadang-kadang hati dah berdetik, hantar 'signal' kat kita
Cuma kita yang buat endah tak endah
Sama la macam aku pun...selalu jugak macam tu
Ini ikut pengalaman aku, aku mmg kena 'notice' la bila hati aku hantar signal...sure betul punya
Selalunya kebenaran tu takkan datang terus....kadang-kadang ambik tahun juga
Sekarang, aku dah belajar
Kena ambik tahu bila hati hantar 'signal'
...sama la macam kita suka kat seseorang ;P
Minda cakap "aku suka dia"
Hati pun akan terpengaruh...tapi bila kita semakin dekat dengan dia
Hati akan lebih kenal...
Dan kalau kita selam hati kita betul-betul...kita boleh rasa, adakah dia memang untuk kita
...hehehe...siapakah itu?
Hanya hati & Allah sahaja yang tahu
Bukan mudah untuk hati suka & jatuh cinta kan...
Kalau tak...asal orang hensem/cantik....terus jatuh cinta....taaaakkkk...hati tak macam tu
Itu kalau hati aku la...ngeh...ngeh...ngeh...
Tak tahu la kalau hati korang camna...:P
Kadang-kadang kita pun pelik, kenapa la hati suka seseorang
Sebab bila minda kita fikir...dia macam tak layak je untuk kita
Ada la kategori-kategori yang tak lulus...tapi hati tetap nak kenal, nak dekat
Oleh yang demikian, bila keadaan ini berlaku....kita kena refer pada Allah SWT laa...itu jalan terbaik
InsyaAllah, Dia akan tunjukkan...
Apa-apa pun untuk bahagia, untuk berjaya...semuanya berpunca dari hati
Bila hati kuat, minda juga kuat
Oh hati...jangan silap lagi kali ni ya :)

Monday, March 7, 2011

Semalam yang berlalu...

Semalam dah pun berlalu...dah pun jadi sebahagian kenangan...manis kah? ...atau pahit kah?
Pahit atau manis, nak tak nak telan je lah
Pahit sebagai ubat, moga jadi penawar kelak ;)
Manis sebagai kenangan terindah, hiburan bila dikenang di hari tua kelak....andai masih dipanjangkan usia olehNya, insyaAllah
Selalu fikir, apa yang aku hadapi kini....macam mimpi...atau macam dalam filem tu
Tak sangka kan?!
Dulu, masa kecik2...masa sekolah, sibuk nak besar...nak kerja...sibuk nak tahu siapa la pasangan hidup kita
Excited sangat nak tempuh semua tu
Tapi bila dah dewasa, dah kerja...dah tahu kawen dengan sapa...sibuk nak kembali ke zaman sekolah...ke zaman kecik....hehehe...tu lah manusia....tak tahu nak bersyukur...hmmmm...aku kah?
Tak pe...apa yang aku lalui, itu sebagai perencah kehidupan...kalau asyik bahagia, asyik berjaya...nanti hati aku tak tahu nak menghargai pulak
Alaa....macam budak2 yang selalu dimanjakan, nanti bila dimarah sket dah merajuk....dah nangis
Jadi apa yang berlaku, anggaplah sebagai cara Allah nak didik aku...jadi lebih baik...kan?
Kena kuat semangat untuk hadapi setiap dugaan...jangan rasa dugaan kita dah cukup hebat, dah cukup besar
Kerana ada manusia lain ada hamba Allah yang lain yang ujian dan dugaan hidupnya lagi hebat, lagi besar....lagi berat
Alhamdulillah...apa yang berlaku pasti ada sebab dan hikmahnya
Hikmahnya ialah....Allah sayang aku, Allah tak nak aku terluka...berduka...hinggakan sampai satu tahap aku pernah fikir adakah aku yang gila sebab terlalu mengharapkan orang yang aku cintai memahami aku...hanya sekadar dengan memandang...sekadar dengan renungan mata....
Apa yang terjadi, aku kenal hati manusia adalah milik Allah...dengan izinNya bisa berubah
Kita tak boleh terlalu mengharap....
Cuma berdoa...dan doa itu amat kuat untuk merubah nasib kita
Aku mengenali diri aku...yang selama ini aku sibuk untuk kenal manusia lain, sibuk nak memahami manusia lain
Hingga aku lupa untuk faham & kenal hati, perasaan dan diri aku sendiri
Alhamdulillah, Allah anugerahkan aku kesempatan untuk kenal diri...untuk bahagiakan diri yang selama ini aku abaikan
Apa-apa pun...untuk bahagia & berjaya, kita kena berani untuk berubah...berani kerana benarkan ;)

Sunday, March 6, 2011

Mencari cinta sempurna



Alhamdulillah, berkat doa famili tersayang dan kawan-kawan...serta kasih sayangNya...aku dah makin pulih :)
Tandanya?
Esok pepagi lagi nak masak nasi ayam...ngehngehngeh
Dah dekat setahun plus-plus tau aku tak main masak-masak ni
Haih...kesian anak aku...sampai dah buat permintaan nak Ummi masak
Aku sendiri rindu nak makan masakan yang aku masak!!!
Teruk betul kuciwa aku...
Ye lah ye lah...aku tak nak fikir dah
Tapi tu laa...camna eh?
Manusia yang ada hati & perasaan macam aku ni mmg camni kot
Bukan senang nak jatuh cinta & melupakan cinta
Sekali jatuh cinta...aku tak peduli siapa orang tu
Yang aku tahu, aku nak hidup bersama sampai ajal menjemput aku
Tapi itu laaa....dalam setia kasih sayang aku...ada yang sanggup gak remuk redam kan hati aku
Tak pelah...aku dah try balut dengan handyplast dah hati aku ni
Dah sapu ubat kuning...ubat biru....agar nanah tu tak berjangkit
Hihihihi...
InsyaAllah, biarlah orang buat kita...jangan kita buat orang kan?
Aku doa...biarlah dia bahagia...famili dia jugak...biarlah dorang bahagia
Aku juga akan cipta bahagia dengan cara aku sendiri
Cuma aku doa....janganlah Allah temukan aku dengan seseorang yang berjaya curi hati aku...tapi penuh dengan pura-pura!!!
Tak mau...tak sanggup
Nanti aku merana lagi...aku dah tak larat...penat sangat-sangat
Biarlah orang tu tak de apa-apa....cukuplah penuh kasih sayang...ada rasa tanggungjawab, ada impian...ada cita-cita...
TLC....tender, love & care!!!
Tak susah kan... ;P

Friday, March 4, 2011

My cute heart~

Hahahaha....itu lah hati saya!!!
Hati saya yang saya sendiri rasa sangat istimewa...
Hati saya yang sentiasa setia...bersama saya
Saya sedih, hati setia bersama menangis...berduka
Saya gembira, dia pun sama...gelak-gelak dengan saya
Dah 34 tahun kami bersama...ehhh...34 ke?
Lama dah kot...ye lah...sejak saya dalam rahim ibu lagi
Hati...kuatlah untuk sekali lagi...ok?
Walau apa pun dugaan yang datang...kuat tau...
Sedih?
Tak pe...tak salah pun...
Itu biasalah...lagi-lagi hati yang istimewa dan 'cute' ni...hehe
Percayalah tak selamanya saya dan awak berduka..
Kita akan bersama...takkan pernah terpisah
Sebab tu saya nak sangat hati ni sentiasa kuat....agar saya juga kuat
Kuat untuk hidup sekali lagi..
...lupakan yang melukakan itu
Allah jadikan dunia ini sangat indah
Jadi saya tak nak saya dan hati saya terlepas peluang untuk menikmatinya
Rasa kosong?
Tak pe....nanti saya isikan apa yang patut
Saya tahu...hati dulu penuh impian...
Saya akan sama-sama isi semula kekosongan itu...
Kita buat sama-sama ya
Makan masa?
Tak pe....satu-satu kita kutip mimpi-mimpi dan impian tu
Kita ikat kuat-kuat agar ianya jadi kenyataan...
Terima kasih hati kerana sentiasa bersama saya
Terima kasih Allah...kerana kasih sayangMu...hati dan saya makin pulih :)

Thursday, March 3, 2011

Hari ini...3 Mac 2011

Mula-mula buka blog ni...macam semangat nak tulis, nak luah semua apa yang sarat di hati...di fikiran...maklum la azam 2011 ;P

Tapi bila terlalu banyak, sarat dan padat...semuanya beku kaku di fikiran dan hati je...macam tak de kata yang dapat aku gambarkan apa yang aku rasa...semuanya bercampur...tak tahu mana nak mulakan...

Betapa apa yang berlaku memang merubah diri aku, aku yang dulu kuat semangat...selalu positif...menjadikan aku seorang yang takut-takut, was-was dan berhati-hati dengan apa yang mendekati aku.

Diri yang lama & baru bercampur...terkadang aku kuat untuk menghadapi hari-hari mendatang...kadang-kadang aku lemas dalam air mata sendiri...entah la

Yang pasti, luka ni pasti akan sembuh...cuma bila...aku sendiri tak tahu

Cuba untuk kutip balik semangat dan impian aku yang dah bersepah-sepah....yang bertaburan...

Ya Allah, aku tahu...aku mampu...

Ya Allah, dekatkan aku padaMu....agar kekuatan itu milik aku

Ya Allah, temukanlah aku kepada jalan penyudah...

Amin.