L.O.V.E.

Love can make you happy but often it hurts.
Love is only special when you give it to someone who is really worth it.

Take your time and choose the best.




Thursday, December 2, 2010

...hari ini.

Tinggal beberapa minggu sahaja lagi tahun 2011 akan menyambut kita...tanpa aku sedari hampir setahun aku hidup sendiri. Sendiri dalam segala-galanya...memanglah masih punya famili, kawan-kawan yang sentiasa menyokong...Alhamdulillah, tapi luka yang masih belum hilang parutnya ini akan aku ingat sampai mati.

Betapa aku terlalu cepat percaya bahaya kasih sayang adalah segala-galanya dalam hidup ini. Aku lupa bahawa hati manusia mana mungkin akan terus setia dengan janji...bila-bila masa sahaja boleh berubah!

Tetapi apa yang berlaku amat bermakna buat diri aku...aku kenal siapa diri aku, dimana kekuatan dan dimana kelemahan...aku kenal siapa yang sebenarnya yang ingin lihat aku bahagia...siapa yang sebenarnya sahabat. Walau pahit untuk aku terima apa yang berlaku, aku harus tabah menerimanya bahawa apa yang terjadi telah tertulis sebagai sebahagian dari perjalanan hidup aku...

Monday, November 8, 2010

...di sini bermula.


....untuk ke sekian kali, akhirnya aku berjaya mencipta satu laman untuk catatan jejak-jejak perjalanan hidup aku yang telah pun aku lalui selama 33 tahun. Agak lama aku pendam apa yang terisi di hati...di fikiran. Bukan tidak ingin di luahkan, tetapi keadaan tidak mengizinkan aku...oleh itu, izinkan diri ini untuk berkongsi rasa apa yang telah, sedang dan bakal aku lalui...mungkin dari situ, kalian dapati pengajaran atau sempadan...agar kesilapan itu tidak berulang dalam perjalanan hidup kalian.